![]() |
|
|
Sunday, April 06, 2008 Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab"Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya. Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah. Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk. Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan. Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab. "Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku." Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah." Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?" Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram." Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang. Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu. Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata. Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai preplan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya." Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an." Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah." Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali." Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya. Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali." Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia." Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam" Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa." Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu." Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam." Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu. "Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah. "Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di athirst kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas. Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam." Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayah." Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi." Kemudian Sayyidina Umar memerintah botany (hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah." Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku." Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu." Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan." Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan." Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat." Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi." Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi. Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air." Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum." Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku." Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di athirst." Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku mati?" Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akin hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti." Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku..…" Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakana bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati." Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?" Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkatas: "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia." Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya: "Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya dalam menjalankan hukum Allah." Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi. Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat. Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya. "Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut. Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disembarking oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu. Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa ~ akhie ~
Saturday, January 19, 2008 6 Perkara Allah sembunyikanSesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu 1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Thursday, December 20, 2007 Cinta kepada Allah
Hati yang hidup ialah hati yang mencintai Allah. Sesiapa yang mencintai Allah, dia mencintai Islam kerana kehidupan Islam ialah kehidupan yang ditunjuki oleh Allah. Barangsiapa mencintai kehidupan Islam maka dia mencintai kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat r. anhum. Kehidupan mereka merupakan tafsiran ajaran Islam secara praktikal. Mereka merupakan lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan sejati yang pernah dilahirkan di dunia ini. Mereka juga adalah generasi yang membangunkan dunia dengan kecintaan kepada Allah SWT dan membawa kebahagaian kepada kehidupan manusia dan alam. Apabila kita menyebut tentang cinta Allah, ianya mestilah bertempat di hati sebab hati dicipta untuk merasai dzauq atau kelazatan menghayatinya. Hati juga tempat makrifat, tempat iman, tempat rindu. Hati ini dikategorikan oleh Ulama Sufi kepada 4 peringkat, iaitu Hati yang lalai kepada Allah. Hati yang ingat kepada Allah. Hati yang asyik dengan Allah. Hati yang makrifat kepada Allah Pada hari ini ada di antara manusia memiliki hati yang berada pada tahap pertama, iaitu hati yang lalai dengan Allah SWT. Ini dapat dilihat dalam kehidupan mereka yang tidak menunjukkan mereka cinta kepada Allah, bersungguh dalam ibadah dan mujahadah serta sentiasa memelihara diri daripada perkara-perkara yang haram, syubhah dan makruh. Mereka juga tidak berhati-hati dalam perkataan, penglihatan serta pendengaran yang akibatnya hati mereka bertambah keras dan rosak. Segelintir orang yang bercakap tentang takut kepada Allah tetapi sanggup menyembunyikan kebenaran kerana takutkan manusia. Mereka juga diibaratkan oleh Allah sebagai orang yang menjual ayat-ayat Allah untuk kepentingan duniawi. Ada juga di kalangan mereka yang bercakap tentang ayat-ayat Allah tetapi kadang-kala mereka "menjual" ayat-ayat Allah demi mendapatkan keuntungan, kemasyhuran, pengikut yang ramai serta pujian dari manusia lain. Mereka sebenarnya orang-orang yang mati hatinya daripada perasaan cintakan Allah. Manakala orang awam, kehidupan mereka dibelenggu oleh kesibukan mencari harta, pangkat dan mencintai kaum keluarga di atas hawa nafsu sehingga melalaikan mereka daripada Allah SWT. Manusia wajib mencintai Allah. Ia adalah perkara fitrah kerana asal roh manusia datang dari Allah. Ketika di alam arwah, manusia telah mengaku bahawa Allah adalah tuhan mereka dan tiada yang lain dalam cintanya, zikirnya, ingatannya, pujiannya, semuanya adalah untuk Allah SWT semata-mata. Mereka sudah berilmu dan mengenal Allah dengan pengenalan yang hakiki. Apabila manusia itu lari dari fitrah dan tidak menghalakan roh dan hati mereka untuk mencintai Allah, mereka sebenarnya meronta-ronta untuk kembali kepada Allah, untuk mengenal Allah, mencintai Allah atau Rabbnya kerana itulah fitrahnya. Namun kehidupan dunia yang hanya membawa halangan dan rintangan kepada diri seseorang untuk terbang ke hadrat Ilahi telah menyebabkannya menderita kerana mencintai dunia yang bukan fitrahnya. Ketahuilah, sesiapa yang cuba menentang fitrah dengan tidak mencintai Allah, sebaliknya mencintai dunia atau yang lain, ia akan menderita. Ada manusia yang mempunyai atau memiliki kekayaan tetapi sedikit yang memiliki kebahagiaan. Kebahagiaan itu hanyalah apabila roh atau hati kembali kepada Allah. Ibarat seekor ikan yang dilepaskan kembali ke lautan atau seekor burung yang tinggal di dalam sangkar emas kemudian dibukakan sangkar hingga ia kembali mendapat kebebasan. Walaupun tinggal di dalam sangkar emas, hakikatnya burung itu tidak mendapat kebebasan. Begitu juga dengan roh. Jangan biarkan roh terkurung di dalam sangkar emas (dunia dan hawa nafsu), walaupun ia kelihatan cantik tetapi ia bukan kebahagiaan hakiki. Ada manusia menyangka apabila mereka kembali kepada Allah, mereka akan terpenjara dan hidup terkongkong kerana dikawal oleh peraturan-peraturan Allah. Sedangkan ianya merupakan satu kunci untuk roh bebas terbang kepada Allah SWT. Apabila mereka menjauhkan diri atau melanggar peraturan-peraturan Allah dan menurut akal mereka, sebenarnya mereka menguncikan diri mereka di dalam sangkar. Inilah hakikat kehidupan manusia sehinggalah mereka dapat melihat ketika menghadapi sakaratul maut, baru mereka akan sedar. Ketika itu, ia sudah tidak berguna lagi. Apabila seseorang itu mencintai harta, maka dia akan menjadi hamba kepada harta. Kalau dia mencintai pangkat, dia akan menjadi hamba kepada pangkat itu. Begitu juga, mencintai kaum keluarga, sanak saudara atau lain-lainnya, maka jadilah dirinya hamba kepada apa yang dicintainya. Sebaliknya, sesiapa yang mencintai Allah, dia akan bermujahadah dengan hawa nafsunya dan membebaskan diri dari belenggu yang mengikat rohaninya untuk mencintai Allah. Hanya kekasih Allah-lah memiliki hati yang mencintai-Nya, sentiasa mengingati-Nya, mencintai akhirat dan menangis kerana takut kepada-Nya. Pecah tumit kakinya kerana berdiri di malam hari menghadap Allah dengan rasa kehambaan. Perasaan kecintaan dan kehambaan yang tinggi kepada Allah menyebabkannya mengambil kehidupan dunia dengan amat sederhana. Islam telah berjaya menguasai dunia dan menjadi model kepada kehidupan manusia. Islam telah menjadi kuasa yang amat ditakuti dan disegani kerana bukan sahaja menjadi contoh dalam aspek kerohanian tetapi juga dari segi akhlak peribadi dan pendidikan anak-anak. Rumahtangga orang Mukmin tertumpu kepada tujuan mencari cinta Allah. Suami menjadi pemimpin isteri, manakala isteri menjadi penasihat kepada suami dan mendidik anak-anak. Malah Islam telah berjaya melahirkan generasi contoh dalam pengurusan kehidupan manusia seperti dalam urusan ekonomi, politik, pentadbiran negara, intelektual, sosial dan sebagainya. Generasi ini menterjemahkan Islam yang syumul secara praktikal dan membincarakan permasalahan kehidupan manusia seperti kesucian diri dari hadas kecil hingga kepada kesucian pentadbiran negara dan dunia. Sesungguhnya tidak ada jalan lain untuk melahirkan kembali generasi contoh yang hebat ini melainkan mengikuti kembali jalan-jalan mereka, peribadi, akhlak, ibadah, mujahadah dan pengorbanan jihad mereka. Mereka telah dididik oleh Rasulullah SAW dengan keimanan makrifatullah, keimanan yang hakiki. Diwajibkan ke atas mereka melakukan Qiamullail untuk melahirkan kecintaan kepada Allah, hati yang hidup dengan Allah. Mereka ditarbiyah dengan sentiasa membaca Al-Quran dan menghadiri majlis-majlis tazkirah untuk melahirkan dan menguatkan perasaan cinta kepada Allah. Kecintaan mereka ialah kecintaan kepada hati yang dzauq dan tubuh badan yang sihat. Segalanya berpunca dari hati sebab itu hati mestilah diutamakan dalam pendidikan manusia. ~ akhie ~
Thursday, September 13, 2007 ![]() Ramadan datang lagi. Terasa masa yang terlalu terlalu singkat sejak kehadiran Ramadan tahun lepas. Begitulah berlalunya usia kita. Tahun demi tahun usia bertambah. Ini juga memberi petanda bahawa kita makin menjejaki hujung usia. Seperti tahun-tahun lepas apakah tahun ini kita membuat persiapan yang rapi menyambut kedatangan Ramadan itu. Sebenarnya di sebalik Allah s.w.t. menciptakan bulan Ramadan yang mulia dan disyariatkan pula amalan berpuasa, terkandung seribu hikmah yang tersirat. Yang lebih istimewanya, hikmah atau keistimewaan ini bukan manfaat untuk orang lain atau untuk masyarakat umum, malah untuk diri kita sendiri! Ada orang mentafsir puasa sebagai amalan untuk diet, mengawal pemakanan dan memberi kerehatan kepada tubuh badan khususnya perut setelah 11 bulan bekerja keras iaitu makan tanpa henti ibarat sebuah kilang yang memproses barangan 24 jam tanpa henti. Sebahagian yang lain pula menterjemah puasa sebagai masa untuk mengenang kesusahan dan penderitaan orang lain. Ada juga yang memahami bahawa puasa ialah bulan untuk beribadat. Semuanya benar belaka. Tetapi tahukah anda bahawa ada hikmah yang lebih halus dari itu semua yang jarang dapat dinilai orang. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 183) Ayat di atas dapatlah disimpulkan bahawa hikmah sebenar ibadah puasa ialah untuk menjadikan kita orang yang bertakwa. Siapakah orang yang bertakwa? Istilah ini terlalu kerap disebut hingga sudah menjadi satu cliche yang tidak difahami sepenuhnya. Orang yang bertakwa ialah orang yang taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan larangan-Nya dalam setiap tindak tanduk kehidupan. Soalnya kenapa puasa dipilih menjadi salah satu pintu untuk mencapai darjat takwa? Begitu tinggi sekali fungsi puasa. Pertama kerana puasa adalah satu-satunya ibadah yang dapat menguji taraf ikhlas seseorang. Ibadah lain seperti solat, membayar zakat, bersedekah, mengerjakan haji, membaca al-Quran, berselawat, berzikir dan sebagainya nampak pada lahirnya. Tetapi puasa tidak dapat dilihat secara zahir. Bila kita melihat muka seseorang, susah kita mengetahui sama orang itu berpuasa atau tidak. Tidak ada tertulis di dahinya, “Saya sedang berpuasa.” Sedangkan orang yang sedang berpuasa boleh sahaja mencuri makan, minum atau menghisap rokok di luar daripada penglihatan orang ramai. Tiada siapa yang tahu kecuali Allah dan malaikat-Nya. Kedua puasa menambah keyakinan dan perhubungan hati kita kepada Pencipta atau apa yang diistilahkan sebagai hablum minallah. Hanya orang yang yakin kepada Allah s.w.t. sahaja yang sanggup berpuasa. Kalau bukan kerana Allah mengapa kita mesti bersusah payah berlapar dan dahaga. Keyakinan kepada Allah ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, an-Nasa'i dan al-Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan...” Ketiga, berpuasa dapat merapatkan perhubungan kita sesama manusia atau apa yang diistilahkan sebagai hablum minannas: 1. Melihat kesusahan orang lain menanggung kemiskinan dan kelaparan. 2. Membayar zakat fitrah untuk dibahagikan kepada golongan fakir miskin, anak yatim, mualaf, orang yang berjihad di jalan Allah dan lain-lain yang memerlukan. 3. Berjemaah solat tarawih. 4. Tadarus al-Quran dalam kumpulan. 5. Mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai. 6. Saling menghantar ucapan Selamat Hari Raya melalui kad, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau telefon. Keempat, mengharapkan ganjaran yang besar dari Allah melalui kedatangan Lailatul Qadar di mana beribadat di malam itu akan diberi ganjaran pahala seperti beribadat 1,000 bulan (lebih 83 tahun). Untuk memantapkan ganjaran dan harapan ini Allah tidak menetapkan malam-malam tertentu untuk menunggu kedatangan Lailatul Qadar tersebut. Malah ulama berpendapat malam Lailatul Qadar itu adalah: 1. 10 malam akhir yang ganjil bulan Ramadan (malam 21, 23, 25, 27 dan 29) 2. 10 malam akhir bulan Ramadan (malam 21 hingga 29) 3. Keseluruhan bulan Ramadan (1 Ramadan hingga 29 Ramadan) Lagi sekali keikhlasan memain peranan penting untuk kita beribadat sepanjang bulan Ramadan kepada Allah semata-mata tanpa mengharapkan ganjarannya. Kelima, bulan Ramadan merupakan pintu untuk merayakan Aidil Fitri iaitu sambutan hari kemenangan umat Islam. Kemenangan dapat ditafsirkan sebagai: 1. Kemenangan menempuh bulan Ramadan yang penuh cabaran dengan berjaya. 2. Kemenangan umat Islam lampau memerangi musuh-musuh Islam. 3. Kemenangan melawan hawa nafsu dan sifat-sifat mazmumah diri. Keenam, bulan Ramadan ini sebenarnya merupakan bulan latihan di mana Allah melatih manusia untuk menjadi hamba yang bertakwa dengan mengkhususkan ibadat-ibadat tertentu yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain, antaranya: 1. Melatih kita supaya berjinak-jinak dengan masjid dan surau pada waktu malam dengan mensyariatkan solat tarawih dan sunat pula didirikan di masjid secara berjemaah. 2. Membiasakan diri dengan ibadah membaca dan menghafal al-Quran. 3. Melatih diri bangun awal sebelum terbit fajar untuk makan sahur. 4. Melatih diri untuk mudah bersedekah. Ketujuh, bulan Ramadan merupakan bulan membuktikan bahawa kesan makan minum lahiriah tidak menghindar kita dari terus melakukan pekerjaan harian seperti bekerja, berusaha, berjuang dan berjihad jika keyakinan pada kemampuan diri dan pergantungan kepada Allah kuat. Sesungguhnya usaha diri kita tidak memberi bekas, hanya Allah yang akan menentukan segalanya. Jika kita dapat mengambil iktibar dari ketujuh-tujuh hikmah di atas sudah tentulah puasa kita tahun ini berbeza dari puasa kita tahun-tahun yang lalu. Malah kita akan mampu untuk mendatangkan motivasi yang tinggi untuk menjana diri mencapai kecemerlangan yang lebih menonjol. - MUHAMMAD ZAKARIA ialah Pengarah Editor, Telaga Biru Sdn. Bhd.
Monday, September 03, 2007 Abdullah Ibnu RawahahSemboyannya: "Wahai diri! Jika kau tidak gugur dimedan juang, kau tetap akan mati walau diatas ranjang". Sewaktu Rasulullah saw. sedang duduk diauatu dataran tinggi di Kota Mekah, datang duabelas orang kaum Ansar yang ditugaskan sebagai utusan dari Kota Madinah. Kedatangan mereka menemui Rasulullah nsaw. secara bersembunyi sembunyi dari pengetahuan kaum Quraisy. Kedatangan mereka juga adalah untuk berbai'at ( berjanji taat setia ) dengan Rasulullah saw. yang dikenal dengan 'Bai'at Al-Qabah Al-Ula". Kesetian mereka ini yang mendorong Rasulullah saw. untuk berhijrah ke Madinah, maka antara kaum Ansar yang telah berbai'at ialah Abdullah Ibnu Rawahah. Abdullah Ibnu Rawahah berbai'at lagi untuk kali keduanya bersama sama dengan pendudok Kota Madinah seramai tujuh puloh tiga orang. Apabila Nabi saw. telah menetap diMadinah, Abdullah Ibnu Rawahah mula berkerja keras dalam membela agama Allah disamping mengawasi tipu muslihat Abdullah bin Ubai iaitu seorang pemimpin golongan munafik yang pernah dicadang oleh penduduk Madinah untuk diangkat menjadi raja, sebelum datangnya Islam. Abdullah bin Ubai inilah yang sangat gigih dan bercita cita tinggi untuk menjatuhkan Islam dan tidak menyia-nyiakan setiap kesempatan yang ada. Maka berkat ketekunan Abdullah Ibnu Rawahahmengikut setiap gerak gerinya, rancangan Abdullah bin Ubai menemui kegagalan dan rancangan jahatnya dapat dipatahkan. Abdullah Ibnu Rawahah adalah seorang penulis dan tokoh dalam mengubah syair syair. Setiap untaian syairnya meluncur keluar dari lidahnya dengan jelas dan indah didengar. Keupayaan dalam bidang tersebut dibaktikan untuk mengabdi bagi kejayaan Islam, bahkan Rasulullah saw.sangat menggemarinya dan pernah beliau menganjurkan agar Abdullah Ibnu Rawahah lebih tekun lagi membuat syair. Pada suatu hari, Abdullah Ibnu Rawahah mendatangi Rasulullah saw. bertanya; "Apa yang anda akan lakukan, apabila anda hendak mengucapkan syair?" Dengan pantas Abdullah Ibnu Rawahah menjawab, "Ku renungkan dulu, kemudian baru ku ucapkan". Lantas ia menyambng , "Wahai anak HAsyim yang baik! sungguh Allah telah melebihkanmu dari seluruh manusia, da memberimu keutamaan dimana orang tidak usah irihati, sungguh aku menaruh pandangan baik yang ku yakini terhadapmu, dalam memecah persoalan, tiadalah mereka bantah, kerana itu Allah mengukuhkan kebaikan dan ajaran yang anda bawa". MMendengar kata kata begitu, Rasulullah saw. menjadi gembira seraya bersabda; "...dan engkau pun akan diteguhkan oleh Allah". Abdullah Ibnu Rawahah yang prodaktib iini tiba tiba berubah menjadi duka apabila turun ayat yang ertinya; "...dan para penyair, banyak pengikut mereka orang orang yang sesat". Kenapa! kerana setiap syair yang dipersembahkan oleh beliau menjadi ikutan orang orang yang ketika itu mereka adalah kalangan orang orang yang sesat bahkan tidak tahu menulis dan membaca, sehinggalah turun ayat lain ertinya; "Kecuali orang ( penyair ) yang beriman dan beramal soleh dan banyak ingat kepada Allah dan menuntut pertolongan setelah mereka dianiaya. Sewaktu Islam menghadapi peperangan Badar, Uhud, Khandah, Hudaibiah dan Khaibar, Abdullah Ibnu Rawahah tampil dengan pedangnya seraya kata-kata syairnya digunakan sebagai selogan, "Wahai diri! seandainya engkau tidak tewas berbunuh, tetapi engkau pasti akan mati juga". Dalam peperangan Muktah, Abdulllah Ibnu Rawahah adalah panglima yang ketiga disamping Zaid bin Harithah dan Jaafar bin Abi Talib. Sewaktu ia sedang bersiap sedia bersama pasukannya berangkat meninggalkan Kota Madinah, beliau berkata; "Yang kupinta kepada Allah Yang Maha Rahman, keampunan dan kemenangan dimedan perang, dan setiap hayunan pedangku memberi ketentuan bertekuknya lutut angkatan perang syaitan. Akhirnya aku tersungkur memenuhi harapan mati syahid dimedan perang". Ketika dalam perjalanan, angkatan musuh ( Romawi ) terbukti lebih ramai iaitu sekitar dua ratus ribu orang dan angkatan Islam ternyata boleh dibilang. Mereka terkaku gamam bahkan ada yang mengesyorkan supaya mendapat bantuan dari Rasulullah saw., tetapi Abdullah Ibnu Rawahah segera bangun seraya berkata; "Kawan kawan sekelian! kita berperang bukan berdasar kepada bilangan, kekuatan atau banyaknya bilangan, kami memerangi mereka kerana mempertahankan agama Allah! Ayuh kita maju! Salah satu dari kebaikan pasti kita capai kemenangan atau syahid dijalan Allah!". Seketika itu juga angkatan Islam mendapat semacam semangat, sehingga lahir kata kata; "Sungguh! Demi Allah benar yang dikhabarkan Ibnu Rawahah". Dan mereka maju kemedan perang dengan dahsyat yang belum ada taranya. Panglima Islam pertama, Zaid bin Harithah gugur syahid dan disusuli oleh pemimpin panglima kedua Jaafar bin Abi Talib dan diikuti oleh pemimpin yang ketiga Abdullah Ibnu Rawahah. Setelah hampir pasukan Islam habis musnah dibanjiri barisan Romawi yang diketuai oleh Hercules ( Hirqal ). Tiba tiba bangkit satu semangat dan kekuatan sambil berseru; "Aku telah bersumpah wahai diri! Maju kemedan laga tapi kenapa ku lihat engakau menolak syurga! Wahai diri! bila kau tak tewas terbunuh, kau kan pasti mati." Inilah, kematian sejati yang sejak lama kau nanti. Tibalah masanya apa yang kau idam idamkan selama ini. Jika kau ikut jejak keduanya... itulah kesatria sejati! Kalaulah tidak kerana takdir Allah berdering tanda keberangkatannya kesisi Allah sebagai hamba pilihan, maka ramailah musuh yang tewas ditangannya, maka naiklah ia sebagai syuhada. Jasadnya terkapar, tapi rohnya suci dan perwira naik mengedap zat Allah yang pengasih lagi Maha Tinggi serta lebih Mengetahui akan hakikat semua perkara. Nabi Muhammad saw. bersama sahabat yang berada diMadinah, menjadi tenang sedang Nabi terdiam, kedua matanya jadi basah berkaca kaca, beliau mengangkat kepalanya dan mengerdipkan matanya, tanda melepaskan rasa duka dan belas kasehan atas kemurnian dan keluhuran jiwa yang telah terkujur tenang. Kemudian Rasulullah saw. senyum sinis dan melambangkan kegembiraan seraya bersabda; "Mereka bertiga diangkatkan ketempat ku... ke Syurga". Perjalanan mana lagi yang lebih mulia kesempatan mana lagi yang lebih bahagia mereka maju kemedan laga bersama sama dan.. mereka naik keSyurga bersama sama pula. Dan penghormatan terbaik yang diberikan untuk mengenang jasa mereka yang abadi ialah ucapan Rasulullah saw. yang berbunyi "Mereka telah diangkatkan ke tempatku.. ke Syurga."
Tuesday, June 19, 2007 Hasad dengki boleh membawa pembunuhanLalu hatinya tergamak membunuh saudaranya, maka jadilah dia dari kalangan orang-orang yang rugi. (al-Maidah: 30) Huraian Kisah ini adalah peristiwa pembunuhan Qabil terhadap Habil yang digambarkan oleh al-Quran, ayat sebelumnya mendedahkan kisah yang panjang tentang dua putera Adam (Qabil dan Habil), suatu kisah yang mendedahkan tabiat jenayah dan motif-motifnya di dalam jiwa manusia di samping mendedahkan kesan buruk daripada peristiwa pembunuhan tersebut. Qabil diperingatkan berulang kali agar jangan membunuh Habil, namun Qabil terus jua membunuh saudaranya Habil tanpa mempedulikan nasihat dan peringatan yang diberikan. Syaitan dan nafsu serakah menguasainya lalu membunuh Habil tanpa belas kasihan. Qabil merasa dirinya amat rugi dengan perbuatannya, dia terperangkap dalam dilema dan krisis jiwa yang amat dahsyat. Apakan tidak, saudaranya yang selama ini menjadi temannya, seorang penolong setianya, yang suatu masa dahulu sentiasa bersamanya di kala senang dan susah, kini sudah tiada lagi. Sebabnya, kerana perbuatannya yang durjana itu. Dia menyesal, merintih, merayu dan runsing di atas kejahatan yang dilakukan. Inilah paparan kisah pengajaran yang perlu dijadikan iktibar, sikap yang jahat akan sememangnya meninggalkan kesan yang amat buruk. Kerunsingan fikiran, keresahan jiwa dan pergolakan dalaman yang amat dahsyat seperti yang dirasai oleh Qabil dalam kes pembunuhan terhadap Habil. Kesimpulan Dewasa ini antara punca perbuatan bunuh yang dilaporkan akhbar adalah hasad dengki. Perbuatan bunuh adalah perbuatan yang kejam yang amat dilarang oleh Islam. Islam mengharamkan perbuatan tersebut kerana kesannya bukan sahaja dirasai kepada diri sendiri, tetapi terhadap orang lain, persekitarannya dan keluarganya. Oleh yang demikian, berusahalah untuk cuba menyucikan diri dari perasaan hasad dengki yang timbul di dalam hati dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah s.w.t. serta menerima takdir dari Allah s.w.t. seadanya. - Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
Monday, May 21, 2007 Dosa hanya dapat dilupus dengan 4 caraSesungguhnya manusia melalui setiap hari dalam hidupnya dengan dua pilihan, iaitu sesaat yang dilalui dengan haruman taat atau sesaat yang dipalit maksiat. Hitungannya sangat halus, jika dia kehilangan satu detik saja dalam berbakti mungkin kakinya akan terjerumus ke lubang neraka. Begitu juga jika dia terlebih satu detik berharga, satu detik itulah yang menyelamatkannya ke syurga. Alangkah beruntungnya orang yang memiliki hati selembut kapas, tembus pandangan ke setiap sisi daripada zahir dan batinnya. Melihat, memandang, menilai dan mengukur diri sendiri hingga lupakan aib orang lain. Al-Qusyairi pernah menulis dalam Risalahnya: "Permulaan orang yang bertaubat ialah kesedaran hatinya dari kelalaian dan dia memandang dirinya buruk lagi hina. Seseorang hanya akan sampai ke tahap ini kerana dua sebab iaitu kuasa Allah swt. yang menunjukinya dan kemahuannya mendengar suara hatinya sendiri. Seperti sabda Rasulullah saw. yang bermaksud: "Dengarlah nasihat Allah di dalam hati setiap Muslim." (Hadis riwayat Imam Ahmad) Bukankah lebih baik berasa diri kotor dan bersalah daripada mengaku bersih dan tidak sensitif langsung dengan amal perbuatan dilakukan? Adakalanya maksiat itu memberi pengaruh baik bagi diri jika ia dilalui dengan semangat taubat. Hal ini pernah disebutkan Prof Yusuf al-Qardawi, beliau menukilkan perkataan Ibnu 'Athaillah dalam kitabnya Al-Taubah Ilaa Allah, beliau berkata: "Boleh jadi Allah sudah membukakan pintu ketaatan kepadamu, tetapi tidak membukakan untukmu pintu penerimaan dan boleh jadi Allah mentakdirkan untukmu berbuat maksiat yang menyebabkan kamu bertaubat dan hampir kepada Allah. Sesungguhnya maksiat yang mencetuskan ketundukan dan membuat hatimu hancur lebih baik daripada ketaatan yang mengakibatkan ketakjuban diri sendiri dan ketakburan." Dalam melayari samudera kehidupan, kita memerlukan keteguhan hati. Cubalah memandang segalanya dengan positif. Pujuk hati yang luka dan hilang pertimbangan kerana diasak maksiat. Namun, ramai juga terkorban kerana memandang remeh perkara taubat. Sesungguhnya dosa hanya dapat dihapuskan dengan empat cara: - Dengan taubat. Firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh dan tetap berada di jalan yang benar." (Surah Taha, ayat 82) - Melakukan amal salih. Firman Allah Taala yang bermaksud: "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan melakukan amal salih, maka kejahatan mereka ditukarkan oleh Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Furqan, ayat 68-70) - Datangnya musibah. Sabda Rasulullah saw. yang bermaksud: "Seorang Muslim yang ditimpa kecelakaan, kemiskinan, kesedihan, sakit mahupun dukacita hatta tertusuk duri sekalipun nescaya Allah akan menebus dosa-dosanya dengan apa yang menimpanya itu." (Hadis Muttafaqun Alaih) - Dilebur di dalam api neraka. Daripada Abu Zar bahawasanya Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku mengetahui mengenai lelaki yang terakhir keluar dari neraka pada hari kiamat, dikatakan kepadanya: "Bentangkanlah dosa-dosa kecilnya!" Sedangkan dosa besarnya disembunyikan. Kemudian dikatakan kepadanya: Kamu mengerjakan ini pada hari ini dan ini pada hari ini. Dia mengakui tanpa membantah kerana terlalu bimbang dengan dosa besarnya. Lalu dikatakan: Berikanlah kebaikan sebagai pertukaran untuk setiap kejahatan yang dilakukannya. Lalu dia berkata: Aku mempunyai dosa-dosa lain, tetapi tidak dibentangkan di sini. Kata Abu Zar: Aku melihat Rasulullah SAW ketawa hingga nampak gigi geraham baginda." (Hadis Riwayat al-Tirmizi, Ibn al-Qayyim menyatakan ia sahih) Bagaimanakah keadaan orang yang suka mengulang-ulangi maksiat dan taubatnya? Adakah dia akan diampuni oleh Allah Taala? Dalam hal ini Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya seorang hamba sudah melakukan dosa, lalu dia berdoa: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sudah berdosa, maka ampunilah aku! Maka Tuhannya berfirman: Hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa dan menghukumnya maka Aku mengampuninya. Kemudian dia tetap dalam keadaannya menurut ketentuan Allah. Dia pun melakukan dosa lain lalu berdoa: Ya Tuhanku sesungguhnya aku melakukan dosa lain, ampunilah aku. Tuhannya berfirman: Hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa dan menghukumnya, maka Aku mengampuninya. Kemudian dia tetap dalam keadaannya menurut ketentuan Allah. Dia pun melakukan dosa lain lalu berdoa: Ya Tuhanku sesungguhnya aku melakukan dosa lain, ampunilah aku. Tuhannya berfirman: Hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa dan menghukumnya, maka Aku mengampuninya, hendaklah dia melakukan menurut kehendaknya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Al-Qardawi mengulas hadis itu, katanya: "Ungkapan maka hendaklah dia melakukan menurut kehendaknya, makna yang sebenar hanya Allah saja Yang Maha Mengetahuinya. Penafsirannya ialah setiap kali hamba melakukan dosa, dia bertaubat, yang demikian itu menjadi penghapus dosa-dosanya. Ia bukan bermakna sengaja melakukan dosa, rela dan suka bermaksiat dengan tujuan untuk mempermain-mainkan Allah swt. Manusia boleh melakukan apa saja sesuka hatinya, Allah tetap Maha Pengampun. Tetapi adakah kita sanggup mengambil risiko bermain-main dengan rahmat dan ampunan-Nya jika kita sendiri tidak pasti permainan itu akan berakhir di mana? Adakah berakhir dengan husnul khatimah atau suul khatimah? Risiko itu tetap ada di atas jalan yang kita tempuhi. Mati dalam taat atau maksiat? Kita sendiri yang memilih. Beranikah kita mencuri peluang atas rahmat dan maghfirah-Nya?
|
CURRENT MOON ![]() Pesanan Anda
Pautanku Masa Lalu September 2002October 2002December 2002February 2003July 2003July 2004August 2004September 2004October 2004November 2004December 2004January 2005February 2005March 2005April 2005May 2005June 2005July 2005August 2005September 2005October 2005November 2005February 2006April 2006May 2006June 2006July 2006August 2006September 2006October 2006November 2006December 2006January 2007February 2007March 2007April 2007May 2007June 2007September 2007December 2007January 2008April 2008 Thanks |